Wednesday, 28 November 2012

Mahu Kemana Encik?

Assalamualaikum..
eNovel ini mengisahkan suka duka sekawan pemandu teksi.
Ikuti kisah bagaimana si pemandu teksi di kala mencari rezeki.
Kerjaya sebagai pemandu teksi ada yang berjaya dan ada yang gagal separuh jalan sahaja, sehinggakan teksinya pun turut tergadai, tidak kurang juga sehingga menjadi keretakan rumah tangga dan bercerai berai.
Kerjaya sebagai pemandu teksi ini adalah satu pekerjaan yang mulia, tetapi ramai yang memandang hina kepada kerjaya ini. Disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga.
Ada anak-anak pemandu teksi yang bangga dengan kerjaya bapa atau ibu mereka, ada juga yang tidak mahu mengaku bapanya seorang pemandu teksi setelah setelah bapanya beralih kepada kerjaya ini, kerana sebelum ini bapanya seorg yang berjaya dalam perniagaan.
Ramai yang memilih kerjaya sebagai pemandu teksi , sebagai pilihan terakhir, kenapa?
Dalam e novel ini akan diberikan tips-tips bagaimana untuk mendapatkan rezeki yang lebih dan mendapat keberkatan.
Bagaimanakah pula pemandu teksi ini bergadai nyawa semasa menghadapi saat sukar sepanjng menjalankan tugas?
Kerjaya sebagai pemandu teksi ini memerlukan banyak kesabaran, kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang yang tinggi.
Diharap anda sudi membaca enovel ini dan semoga mendapat pengalaman menarik daripada kisah-kisah yang akan dipaparkan nanti.
Terima kasih.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment